Soalan Lazim

Pembangunan bercampur iaitu strata, landed dan juga komersil.
YA dan TIDAK. ASPIRASI merupakan nafas baru bagi meneruskan kesinambungan pembangunan Rumah Mampu Milik (RMM) yang dibangunkan oleh SPNB sebelum ini namun ASPIRASI adalah wajah baru pembangunan hartanah SPNB yang lebih mampan dan berdaya saing setara dengan pemaju perumahan swasta yang lain selari dengan objektif penubuhannya iaitu meneroka pasaran hartanah di seluruh Malaysia khususnya untuk tujuan pembangunan kediaman komersil dan pada masa yang sama dapat menyediakan peluang kediaman komersil bagi bumiputera.
Projek pembangunan ASPIRASI terdapat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Bermula RM35 ribu untuk pembangunan kediaman rumah mampu milik kos rendah di mana syarat kelayakannya adalah tertakluk kepada syarat kelayakan SUK negeri masing-masing.Bagi kediaman bercampur yang dibangunkan ASPIRASI pula, harga jualan kediaman adalah tertakluk kepada harga pasaran hartanah semasa berdasarkan lokasi sesebuah projek yang dibangunkan.

Syarat kelayakan bagi pembangunan hartanah jenis kos rendah ASPIRASI adalah tertakluk kepada syarat kelayakan yang ditetapkan oleh SUK negeri di mana projek tersebut dibangunkan. (Sila rujuk SUK negeri yang terlibat)Bagi syarat kelayakan pembelian hartanah bercampur yang dibangunkan oleh ASPIRASI pula ianya adalah tertakluk kepada kelayakan individu dan juga pembiayai kewangan yang terlibat.

Bakal pembeli yang berminat untuk memohon, boleh berbuat demikian secara atas talian di laman sesawang www.spnbaspirasi.com.my atau datang sendiri ke pejabat tapak projek negeri kami yang terlibat.
Ya. Pembeli OKU layak menerima insentif melalui skim insentif jualan. Pembeli haruslah memenuhi kriteria berikut:

  • Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai
  • Orang Kurang Upaya
  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  • Had umur adalah tertakluk kepada kelayakan pinjaman Institusi Kewangan

Skim Insentif Jualan menawarkan diskaun ke atas pembelian kediaman sehingga 20%. Skim Insentif Jualan kepada golongan OKU bagi pembangunan ASPIRASI SDN BHD adalah tertakluk kepada:

  • Diperuntukkan bagi kesemua projek hartanah ASPIRASI SDN BHD di seluruh negara.
  • Kadar diskaun adalah sebanyak 20% daripada harga jualan kediaman.
  • Harga kediaman RM200,000.00 dan ke bawah sahaja.
  • Jenis kediaman Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah sahaja.
  • Penama Pertama dan Penama Kedua pembeli mestilah terdapat di dalam Surat Perjanjian Jual Beli (S&P).
  • Terhad kepada pembelian rumah pertama sahaja.
  • Diperuntukkan hanya kepada lima (5) pembeli OKU sahaja bagi setiap projek ASPIRASI SDN BHD.
  • Warganegara Malaysia.
  • Pembeli Rumah Pertama.
  • Individu berumur tidak melebihi 35 tahun.
  • Pendapatan kasar tidak melebihi RM5,000 (perseorangan) dan RM10,000 (seisi rumah).
  • Sah dalam jawatan dengan majikan sama tidak kurang dari 6 bulan.
  • Tidak disenarai hitam oleh mana-mana institusi kewangan.

MOHON DI SINI atau kunjungi pejabat tapak projek kami di negeri yang terlibat.

HUBUNGI KAMI