HISHAM AHMAD
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Hisham Ahmad, 45, telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 26 Julai 2016. Sebelum menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif SPNB ASPIRASI SDN BHD, beliau merupakan Pengurus Besar Operasi di ASPIRASI bermula 2 Mei 2014 sehingga Julai 2016.

Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Juruukur Bahan, University of Reading, UK pada tahun 1994. Beliau memulakan kerjaya di Perunding NPL Sdn Bhd dan bersama Malaysia Airlines (MAS) pada tahun 1995. Seterusnya berkhidmat di Azman & Tay Associates dan MBSB Project Management Sdn Bhd sebelum memulakan karier nya di SPNB pada tahun 2000 sebagai Eksekutif Kanan, Kontrak.

Telah berkhidmat dengan rekod cemerlang selama 16 tahun di SPNB dan menerajui beberapa Jabatan / Bahagian penting serta bertanggungjawap di dalam perkembangan dan kejayaan syarikat selama penubuhannya sehingga kini. Memegang beberapa jawatan penting di dalam syarikat sebelum dilantik sebagai Pengurus Besar Operasi , ASPIRASI, antaranya Ketua Pegawai Integriti, Pengurus Besar Perolehan dan Naib Presiden Rumah Mampu Milik (RMM).