DATUK AHMAD AZIZI HJ ALI
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak. Berpengalaman luas dalam pengurusan projek dan pentadbiran kewangan sepanjang perkhidmatan beliau antaranya di United Engineers Berhad (UEM), HICOM Berhad dan terkini di Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Memulakan perkhidmatan di SPNB pada tahun 2004 dengan mengetuai Program Rumah Terbengkalai berjumlah RM650 juta. Pada masa yang sama beliau juga menerajui pelaksanaan Projek Khas berjumlah RM850 juta yang diarahkan oleh Kementerian Kewangan di antaranya adalah penempatan mangsa banjir di Johor, Sabah dan Negeri Sembilan serta penempatan semula rumah mangsa Tsunami.

Beliau terus diberi tanggungjawab dalam pelaksanaan 43 projek Rumah Mampu Milik SPNB yang merangkumi 35,957 unit berjumlah RM3.7 bilion dan juga RM450 juta Rumah Mesra Rakyat SPNB merangkumi 11, 862 unit rumah di seluruh Malaysia.

Sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif SPNB ASPIRASI SDN BHD, beliau memegang jawatan Naib Presiden Kanan (Projek) SPNB yang merangkumi keseluruhan pelaksanaan projek di bawah SPNB.